MAHIR Gajet

2 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2025, satu kelas MAHIR Gajet telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian bertempat di NADI Felcra Sungai Ara. Kelas ini bertujuan memberi sesi ulasan dan rumusan (recap) terhadap keseluruhan perjalanan Program MAHIR Gajet Intake 2 yang telah berlangsung sebelum ini dan kini telah tamat sepenuhnya.

Sepanjang sesi ini, para peserta diberikan penerangan menyeluruh berkaitan modul-modul yang telah dipelajari, kemahiran penggunaan gajet secara berhemah dan berkesan, serta penekanan terhadap keselamatan digital dalam kehidupan seharian. Program ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman peserta, meningkatkan keyakinan dalam penggunaan teknologi, serta menjadi panduan berguna untuk diaplikasikan dalam urusan harian, pembelajaran dan komunikasi secara digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali